Friday, April 14, 2006

KeSeTiAaN LeLaKi


cinta sejati seorg lelaki.. : Cinta lelaki memang pelik dan aneh,tetapi jugaunik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelakiyang sebelumnya keras, kasar dan kurangromantis ; aneh apabila dia sudah lembut danromantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dansensitif hanya dengan kata-kata orang yangdicintainya. Semuanya ini melambangkankeunikan hati lelaki yang sukar difahami – adakalanya lunak, tetapi selalunya keras dan kurangsimpati.
Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :
1. Kesungguhannya dalam melakukan sesuatubuat kekasih atau isterinya itu, tanpa sedikit punterlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukan denganrela, ceria dan penuh bahagia.
2. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
3. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidakmemperdulikan apakah anda mengalirkan air matatatkala dia tertawa.
4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amatmenyayangi anda sebagai kekasihnya mahu punisterinya.
5. Dia mencemburui anda lantaran itu dia akanmengongkong kebebasan anda. Kongkongannyasemata mata oleh perasaan sayang dancemburunya yang meluap luap itu. Dia akan kerapmenyatakan ketakutannya jika kehilangan anda.Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidakmenumpukan perhatian sepenuhnya terhadapdirinya. Kadang kadang dia seperti anak kecildalam usaha mendapatkan layanan terbaikdaripada anda.
6. Kerajinannya ketara, tergambar melaluikesungguhannya melakukan apa sahaja asalkanmembahagiakan anda.
7. Kadang kadang dia merajuk kerana mahukankata kata lembut daripada anda. Dia berasa legadan gembira apabila mendapat kata kata pujukanyang amat didambakan oleh hatinya yang telahdiselaputi cinta itu.
8. Dia akan gelabah apabila berjauhan dengananda. Dia akan kerap menelefon, menghantar SMSdan kadang kadang katanya puitis sekali. Dia akankerap bertanya apakah anda masih mencintainya,padahal anda telah beberapa kali menyatakanbegitu terhadapnya.
9. Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam alampercintaannya pasti tidak akan melayanperempuan lain sewenang wenangnya. Dia berasaberdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasihatau isterinya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home